Pelaburan secara Ar-Rahnu kini mula menjadi perhatian kerana cara
ini lebih merendahkan kos pelaburan, merendahkan risiko terbeli emas
palsu, memudahkan pelabur untuk menyimpan emas serta pelabur dapat
memiliki jumlah emas lebih besar berbanding dengan modal pelaburan.
Pelaburan emas secara Ar-Rahnu juga biasa disebut 70-30 atau 65-35.
Bagaimana cara pelaburan emas Ar-Rahnu dilakukan?
Sistem Ar-Rahnu memberi pinjaman modal sehingga 70% untuk nilai suatu
item. (Maksimun 65% untuk mereka yang belum pernah membuka akaun dan
70% untuk mereka yang telah mempunyai akaun di Ar-Rahnu). Biasanya
pebeli meghubungi pihak penjual (Hargaemas) untuk membawa emas ke
Ar-Rahnu berhampiran pembeli untuk ujian ketulenan kemudiannya emas
tersebut akan dipajak diatas nama pelabur,
Arrahnu akan memberikan pinjaman maksimun 70% dan pembeli akan menambah balance 30% untuk membayar kepada penjual.
Bagaimana keuntungan kepada pelabur? Jika sebelum
ini pelabur A yang hanya mempunyai RM7000 dapat membeli sekitar 35gram
emas 999 sahaja, dengan sistem Ar-Rahnu, pelabur B dapat membeli
100gram emas 999 dengan modal yang sama.
Jika harga emas naik sebanyak RM10/gram, pelabur A yang cuma membeli
35gram hanya mendapat keuntungan (35gram x RM10/gram = RM350), tetapi
bagi pelabur B yang melabur didalam Ar-Rahnu sebanyak 100gram mendapat
keuntung (100gram x RM10/gram = RM1000) ditolak sedikit upah simpan,
pelabur masih mendapat lebih keuntungan berbanding cara membeli biasa.
Kos upah simpan di Ar-Rahnu adalah sebanyak 0.75% sahaja setiap bulan (berbanding kedai pajak konvesional 2%).
Pelabur tidak perlu menjual emas simpanan mereka untuk mengambil
untung, hanya perlu overlap sahaja surat ar-rahnu di bank atau arrahnu.
Adakah pelabur perlu membayar upah simpan setiap bulan?
Tidak, Sistem Ar-Rahnu terkini membenarkan pelabur untuk “overlap”
setelah harga emas terkini meningkat naik dan pihak Ar-Rahnu akan
memberikan wang tunai. Contohnya: Encik Ahmad membeli 100gram emas pada
harga RM200/gram, setelah 2 bulan harga emas telah naik RM10/gram
(->RM210/gram). Encik Ahmad membawa surat Ar-Rahnu ke bank untuk
(overlap), pihak Ar-Rahnu akan memberikan wang tunai sebanyak RM1000
(100gram x RM10/gram) – upah simpan. Tempoh masa pajakan Encik Ahmad
akan bertambah lagi 6 bulan dan seterusnya.
Berapa lama cadangan pelaburan menggunakan Ar-Rahnu? Kami cadangkan sekurang-kurangnya 18 bulan.
Adakah pelaburan Ar-Rahnu selamat? Ya, pelabur
tidak perlu risau ketulenan emas yang dibeli kerana Pihak Ar-Rahnu akan
menguji dahulu ketulenan emas sebelum pelabur membayar kepada penjual.
Emas yang dibeli disimpan ditempat yang lebih selamat berbanding di
rumah. Pelabur tidak perlu risau untuk menjual emas pada bila-bila masa
kerana pembeli emas boleh dihubungi pada bila-bila masa untuk
mendapatkan tunai.
Dimana Pelaburan Ar-Rahnu boleh dilakukan?
Mana-mana Institusi Kewangan yang menyediakan pajak gadai islam
Ar-Rahnu, koperasi-koperasi yang bernaung di bawah Ar-RahnuX, dan anak
syarikat negeri yang menyediakan pelan ini.
Bolehkah Membeli Atau Menjual Emas kepada Ar-Rahnu? Tidak, pihak ar-rahnu tidak menjual atau membeli emas, hubungi Kami 012-2613038 untuk membeli atau menjual emas.
No comments:
Post a Comment